Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Juruterapi Pergigian.
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Juruterapi Pergigian Gred U29
akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan. Nantikan
pengumuman pengambilan Juruterapi
Pergigian 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi
permohonan online jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM,
STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, kelayakan dan tugas Juruterapi Pergigian |
Gaji Juruterapi Pergigian Gred U29
Gaji Juruterapi Pergigian sekitar RM1,797 sehingga RM5,753. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Juruterapi Pergigian
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
3.
Diploma dalam bidang kejururawatan pergigian atau bidang berkaitan
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
5.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
7.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan
Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk PSL ke jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
8.
Mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
9.
Had umur pelantikan:
(i)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang
umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii)
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii)
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 60 tahun.
10.
Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan
kerja juruterapi pergigian
Jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online,
kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga
SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29
Juruterapi Pergigian menjalankan tugas memberi perkhidmatan
kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua.
Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan. Memeriksa, mendiagnosis dan
mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada
pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.
Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan
pengilapan bagi permulaan. Menyedia kaviti dan membuat tempahan. Cabutan gigi
serta mengawal pendarahan setelah cabutan
Pada masa yang sama, tugasan Juruterapi Pergigian ialah melaksanakan
aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah,
pameran kempen kesihatan. Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan
alat pandang dengar. Memberi kaunseling, penjagaan kesihatan Oral.
Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan,
restorasi atau bahan tampalan komposit gigi. Penyelenggaraan, keselamatan dan
kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit
gigi. Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Juruterapi
Pergigian Gred U29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!