Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29. Nak
lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Perangkaan
Gred E29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Perangkaan
Malaysia. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Perangkaan pada
bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 bagi permohonan
kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Perangkaan |
Gaji Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29
Gaji Penolong Pegawai Perangkaan sekitar RM1,493 sehingga RM5,672. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus principal subjek Ekonomi atau
Matematik.
4.
(Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
5.
Diploma dalam bidang statistik, matematik atau sains aktuari yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
6.
(Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,770.95).
7.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
8.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Pembantu Perangkaan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
9.
Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
10.
Lulus Peperiksaan Khas; dan
11.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Jawatan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29
Penolong Pegawai Perangkaan menjalankan tugas memantau
pelaksanaan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data
serta membantu penganalisisan data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan,
kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan
pembangunan dan pentadbiran negara.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Perangkaan Gred E29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!