Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29.
Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat Gred FA29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan
Perkhidmatan Awam. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online
jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat |
Gaji Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Gaji Penolong Pegawai Teknologi Maklumat sekitar RM1,549 sehingga RM5,684. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
4.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
5.
Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
7.
Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00); atau
9.
Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
10.
(Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,929.89).
11.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
12.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
14.
Lulus Peperiksaan Khas; dan
15.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
menjalankan tugas membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer,
memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa,
penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada
pihak pengguna.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Teknologi Maklumat Gred FA29 membantu mereka yang ingin menjadi
kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.