Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29. Nak
lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Ehwal
Ekonomi Gred E29 dan E27 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Pelbagai
Kementerian/Jabatan. Nantikan pengumuman pengambilan
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda
kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29 bagi
permohonan kerja lepasan Diploma, STPM,
STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi |
Gaji Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
Gaji Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi sekitar RM1,493 sehingga RM5,672. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
1.
Warganegara malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil tinggi persekolahan malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan
4.
(gaji permulaan pada gred e29 : rm1,493.00); atau
5.
Sijil tinggi agama malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan
6.
(gaji permulaan pada gred e29 : rm1,493.00); atau
7.
Sijil pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan
8.
(gaji permulaan pada gred e29 : rm1,493.00); atau
9.
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
10. (gaji permulaan
pada gred e29 : rm1,770.95);
11. Calon bagi
lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya gred c) dalam subjek
bahasa melayu pada peringkat sijil pelajaran malaysia/ sijil vokasional
malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
12. Syarat
peningkatan secara lantikan: pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
pembantu ehwal ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh pihak berkuasa
melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan pegawai ehwal
ekonomi gred e29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan:
13. Mempunyai
kelayakan di perenggan 1 (c); dan
14. Lulus peperiksaan
khas; dan
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan
kerja penolong pegawai ehwal ekonomi
Jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi menjalankan
tugas melaksanakan
penguatkuasaan Undang-undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi,
menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil,
menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi.
Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
ialah melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu
pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar. Memberi khidmat bimbingan
kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Ehwal Ekonomi Gred E29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!