Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Farmasi Gred U29. Nak lulus
interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Farmasi Gred
U29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan. Nantikan
pengumuman pengambilan Penolong Pegawai
Farmasi pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan
online jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Farmasi |
Gaji Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
Gaji Penolong Pegawai Farmasi sekitar RM1,797 sehingga RM5,753. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.
Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
4.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
5.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya
Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan. Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan
kerja penolong pegawai farmasi
Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
Penolong Pegawai Farmasi menjalankan tugas memeriksa dan
memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil,losen untuk penyediaan
perkhidmatan di hari itu. Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi
keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang
difahami oleh pesakit. Membekal campuran, losen dan 'ointments' kepada wad-wad
dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Farmasi ialah
membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil. Membantu di dalam
menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen,
'ointments' dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian. Menjalankan kerja
di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat
untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Farmasi Gred U29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat
awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!