Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29. Nak
lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Hidupan Liar
Gred G29 dan G27 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Hidupan Liar pada
bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29 bagi permohonan
kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar |
Gaji Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29
Gaji Penolong Pegawai Hidupan Liar sekitar RM1,494 sehingga RM5,674. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Diploma dalam bidang sains biologi, perhutanan, mikrobiologi,
sains pengurusan hidupan liar, sains hayat, sains perkhidmatan
veterinar/kesihatan, sains haiwan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
4.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
5.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Gred G19/20, G22, G26 dan G28 adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
7.
Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
8.
Lulus Peperiksaan Khas; dan
9.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan
kerja penolong pegawai hidupan liar
Jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29
Penolong Pegawai Hidupan Liar menjalankan
tugas kuat
kuasa undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat
kawalan, pengurusan dan penyelidikan hidupan liar.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Hidupan Liar Gred G29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!