Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29 dan G27 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Hidupan Liar pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penolong Pegawai Hidupan Liar, pengambilan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar

Gaji Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29

Gaji Penolong Pegawai Hidupan Liar sekitar RM1,494 sehingga RM5,674. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Diploma dalam bidang sains biologi, perhutanan, mikrobiologi, sains pengurusan hidupan liar, sains hayat, sains perkhidmatan veterinar/kesihatan, sains haiwan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
5.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.    Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Gred G19/20, G22, G26 dan G28 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
7.    Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
8.    Lulus Peperiksaan Khas; dan
9.    Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong pegawai hidupan liar

Jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:



Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29

Penolong Pegawai Hidupan Liar menjalankan tugas kuat kuasa undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, pengurusan dan penyelidikan hidupan liar.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now