Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, P31, P37
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, P31, P37.
Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Siasatan
Gred P29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM). Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai
Siasatan pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online
jawatan Penolong Pegawai Siasatan bagi permohonan
kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Siasatan |
Gaji Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, P31, P37
Gred
|
Gaji Minimum
|
Gaji Maksimum
|
Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
|
P29
|
RM1,824.00
|
RM5,801.00
|
RM150.00
|
P31
|
RM3,159.00
|
RM6,503.00
|
RM170.00
|
P37
|
RM3,817.00
|
RM8,141.00
|
RM200.00
|
Gaji Penolong Pegawai Siasatan sekitar RM1,824 sehingga RM5,801. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM150.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, P31, P37
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SIASATAN GRED P29
4.
Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan,
undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
6.
Diploma dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
7.
(Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,863.82)
8.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE GRED P31 ATAU P37
9.
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
yang berkenan bagi lantikan terus ke Gred P31 atau P37 yang kosong jika
memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
10.
Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan
syarat Bahasa Melayu; dan
11.
Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
berkenaan.
12.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred P31 : RM3,159.00/
14.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
15.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
16.
Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
17.
Lulus Peperiksaan Khas; dan
18.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, P31, P37 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, P31, P37
Penolong Pegawai Siasatan menjalankan tugas aspek siasatan, aspek
perisikan, aspek pendidikan masyarakat, aspek pemeriksaan dan perundingan, aspek
perundangan dan pendakwaan, aspek penyelidikan dan perancangan, aspek latihan, aspek
keselamatan dan aspek pengurusan sumber manusia dan pentadbiran am.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Siasatan Gred P29, P31, P37 membantu mereka yang ingin menjadi
kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!