Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Pegawai Siasatan Gred P41, P43, P47, P51, P53
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Pegawai Siasatan Gred P41, P43, P47, P51, P53.
Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Pegawai Siasatan Gred P41,
P43, P47, P51, P53 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Nantikan pengumuman pengambilan Pegawai Siasatan Gred P41 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi
permohonan online jawatan Pegawai Siasatan Gred P41, P43, P47, P51, P53 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM,
STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Siasatan |
Gaji Pegawai Siasatan Gred P41, P43, P47, P51, P53
Gred
|
Gaji Minimum
|
Gaji Maksimum
|
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
|
P41
|
RM2,502.00
|
RM9,803.00
|
RM230.00
|
P43
|
RM4,009.00
|
RM10,908.00
|
RM255.00
|
P47
|
RM5,374.00
|
RM12,078.00
|
RM275.00
|
P51
|
RM6,108.00
|
RM12,768.00
|
RM295.00
|
P53
|
RM6,878.00
|
RM13,568.00
|
RM325.00
|
Gaji Pegawai Siasatan sekitar RM2,502
sehingga RM9,803. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM230.
Syarat Kelayakan Pegawai Siasatan Gred P41, P43, P47, P51, P53
1.
Warganegara Malaysia;
2.
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI SIASATAN GRED P41
3.
ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
4.
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,502.00); atau
5.
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
6.
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,616.65); atau
7.
Ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau
seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
9.
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
10.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM2,963.24); atau
11.
Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.
12.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM2,963.24); atau
13.
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh
Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
14.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM3,078.77); atau
15.
Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
16.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM3,194.30);
17.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE GRED P43,P47,P51 ATAU P53
18.
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
yang berkenan bagi lantikan terus ke Gred P43, P47, P51 atau P53 yang kosong
jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
20.
mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
berkenaan.
21.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred P43 : RM4,009.00/
22.
Gaji permulaan lantikan pada Gred P47 : RM5,374.00/
23.
Gaji permulaan lantikan pada Gred P51 : RM6,108.00/
24.
Gaji permulaan lantikan pada Gred P53 : RM6,878.00).
25.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
26.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
27.
Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
28.
Lulus Peperiksaan Khas; dan
29.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Jawatan Pegawai Siasatan Gred P41, P43, P47, P51, P53 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Pegawai Siasatan Gred P41, P43, P47, P51, P53
Pegawai Siasatan menjalankan tugas aspek siasatan, aspek
perisikan, aspek pendidikan masyarakat, aspek pemeriksaan dan perundingan, aspek
perundangan dan pendakwaan, aspek penyelidikan dan perancangan, aspek latihan, aspek
keselamatan dan aspek pengurusan sumber manusia dan pentadbiran am.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Pegawai Siasatan Gred
P41, P43, P47, P51, P53 membantu mereka yang ingin menjadi
kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.