Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Syariah Gred LS29. Nak lulus
interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Syariah Gred
LS29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Perdana Menteri dan
Jabatan Peguam Negara. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Syariah
pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 bagi permohonan
kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Syariah |
Gaji Penolong Pegawai Syariah Gred LS29
Gaji Penolong Pegawai Syariah sekitar RM1,494 sehingga RM5,674. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan
4.
(Gaji Permulaan pada Gred LS29 : RM1,494.00); atau
5.
Diploma dalam bidang pengajian islam (syariah) atau bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
7.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
8.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Pembantu Syariah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong
Pegawai Syariah Gred LS29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:


9.
Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
10.
Lulus Peperiksaan Khas; dan
11.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29
Penolong Pegawai Syariah menjalankan tugas mengendalikan
hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta
pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian
kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 membantu mereka yang
ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.