Gaji & Tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Syariah Gred LS29. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Syariah pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8). 
 
gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29, temuduga spa Penolong Pegawai Syariah Gred LS29, permohonan kerja Penolong Pegawai Syariah lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Syariah

Gaji Penolong Pegawai Syariah Gred LS29

Gaji Penolong Pegawai Syariah sekitar RM1,494 sehingga RM5,674. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
4.    (Gaji Permulaan pada Gred LS29 : RM1,494.00); atau
5.    Diploma dalam bidang pengajian islam (syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
6.    (Gaji permulaan ialah pada Gred LS29 : RM1,772.65).



7.    Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
8.    Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Syariah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:



9.    Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
10.              Lulus Peperiksaan Khas; dan
11.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
12.              Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan kerja penolong pegawai syariah

Jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29

Penolong Pegawai Syariah menjalankan tugas mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.


Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!  

0 comment... add one now