Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Tanah Gred NT29. Nak lulus
interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Tanah Gred
NT29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Pentadbiran Kerajaan Negeri
Sembilan, Melaka, Perlis dan Pulau Pinang. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong
Pegawai Tanah pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan
online jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Tanah |
Gaji Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
Gaji Penolong Pegawai Tanah sekitar RM1,493 sehingga RM5,672. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang Bandar dan wilayah
atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
5.
Diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan Bandar dan wilayah
atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15)
7.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
Penolong Pegawai Tanah menjalankan tugas menerima dan
memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan
kerja-kerja penempatan dan memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah atau
pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan
terakhir.
Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Tanah ialah memproses
permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam urusan
pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan tugas-tugas
lain yang diarahkan.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Tanah Gred NT29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!