Gaji & Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Tanah Gred NT29. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Pulau Pinang. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Tanah pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8). 

gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29, temuduga spa Penolong Pegawai Tanah Gred NT29, permohonan kerja Penolong Pegawai Tanah lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Tanah

Gaji Penolong Pegawai Tanah Gred NT29

Gaji Penolong Pegawai Tanah sekitar RM1,493 sehingga RM5,672. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00); atau



5.    Diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.    (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15)
7.    Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
8.    Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan kerja penolong pegawai tanah


Jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29

Penolong Pegawai Tanah menjalankan tugas menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah atau pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir.



Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Tanah ialah memproses permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan tugas-tugas lain yang diarahkan.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!  

0 comment... add one now