Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Juruukur Bahan.
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Juruukur Bahan Gred
JA29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Juruukur Bahan 2017
pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong
Juruukur Bahan Gred JA29 bagi permohonan
kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Juruukur Bahan JA29 |
Gaji Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
Gaji Penolong Juruukur Bahan sekitar RM1,549 sehingga RM5,701. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
5.
Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
6.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
7.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan
8.
Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan
penolong juruukur bahan
Jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
Penolong Juruukur Bahan menjalankan tugas mengendali
pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk
menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off),
menyediakan dokumen tender dan kontrak.
Pada masa yang sama, tugasan Penolong Juruukur Bahan ialah menyedia
perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan
bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Juruukur
Bahan Gred JA29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.