Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruukur Bahan

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Juruukur Bahan.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Juruukur Bahan 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penolong Juruukur Bahan Gred JA29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penolong Juruukur Bahan, pengambilan Penolong Juruukur Bahan 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Juruukur Bahan JA29


Gaji Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Gaji Penolong Juruukur Bahan sekitar RM1,549 sehingga RM5,701. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
5.    Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.    (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
7.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
8.    Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan penolong juruukur bahan

Jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Penolong Juruukur Bahan menjalankan tugas mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Juruukur Bahan ialah menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now