Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Gred JA29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Juruukur.
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Juruukur Gred JA29
akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan
Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya dan pelbagai agensi kerajaan..
Nantikan pengumuman pengambilan Penolong
Juruukur 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi
permohonan online jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Juruukur |
Gaji Penolong Juruukur Gred JA29
Gaji Penolong Juruukur sekitar RM1,549 sehingga RM5,701. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Juruukur Gred JA29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
5.
Diploma dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
6.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
7.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan
8.
Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan
kerja penolong juruukur
Jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat
pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Gred JA29
Penolong Juruukur menjalankan tugas melaksanakan dan
kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan dan penyediaan infrastruktur. Memproses dan
menyemak maklumat pengukuran, data geospatial dan data extraction adalah
lengkap bagi keperluan penerbitan peta. Menjalankan kerja ukuran pelbagai,
ukuran pemetaan utiliti, melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap dan
memproses ukuran kadaster yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah.
Pada masa yang sama, tugasan Penolong Juruukur ialah menyemak
proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan
bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan peta serta menyimpan
semua maklumat di dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Juruukur
Gred JA29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat
awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.