Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruukur

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Gred JA29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Juruukur.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Juruukur Gred JA29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya dan pelbagai agensi kerajaan.. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Juruukur 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penolong Juruukur Gred JA29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penolong Juruukur, pengambilan Penolong Juruukur 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Juruukur 


Gaji Penolong Juruukur Gred JA29

Gaji Penolong Juruukur sekitar RM1,549 sehingga RM5,701. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Juruukur Gred JA29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
5.    Diploma dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.    (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
7.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
8.    Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong juruukur

Jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Gred JA29

Penolong Juruukur menjalankan tugas melaksanakan dan kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan dan penyediaan infrastruktur. Memproses dan menyemak maklumat pengukuran, data geospatial dan data extraction adalah lengkap bagi keperluan penerbitan peta. Menjalankan kerja ukuran pelbagai, ukuran pemetaan utiliti, melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap dan memproses ukuran kadaster yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Juruukur ialah menyemak proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan peta serta menyimpan semua maklumat di dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Juruukur Gred JA29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now