Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Farmasi

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Farmasi Gred U29. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Farmasi pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penolong Pegawai Farmasi Gred U29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penolong Pegawai Farmasi, pengambilan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Farmasi

Gaji Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Gaji Penolong Pegawai Farmasi sekitar RM1,797 sehingga RM5,753. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

1.  Warganegara Malaysia;
2.  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.  Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.  (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
5.  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong pegawai farmasi

Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Penolong Pegawai Farmasi menjalankan tugas memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil,losen untuk penyediaan perkhidmatan di hari itu. Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit. Membekal campuran, losen dan 'ointments' kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Farmasi ialah membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil. Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, 'ointments' dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian. Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now