Gaji, Kelayakan & Tugas Juruteknologi Pergigian

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Juruteknologi Pergigian.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Juruteknologi Pergigian Gred U29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan. Nantikan pengumuman pengambilan Juruteknologi Pergigian 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Juruteknologi Pergigian Gred U29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Juruteknologi Pergigian, pengambilan Juruteknologi Pergigian 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Juruteknologi Pergigian 


Gaji Juruteknologi Pergigian Gred U29

Gaji Juruteknologi Pergigian sekitar RM1,797 sehingga RM5,753. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Juruteknologi Pergigian

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.    Diploma dalam bidang teknologi pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
5.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.    Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) :
7.    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
8.    Mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
9.    Had umur pelantikan:
(i)   berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
10.              Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan juruteknologi pergigian

Jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Juruteknologi Pergigian

Juruteknologi Pergigian menjalankan tugas merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit mencukupi aplians berikut :
Prostetik
Dentur Penuh
Dentur Sebahagian
Konservatif
Korona
Inlai
Onlai
Jambatan (Bridge)
Ortodontik
Aplians Boleh Tanggal
Aplians Fungsi
Komponen-komponen Aplians Tetap
Maksilofasial
Obturator
Splin

Pada masa yang sama, tugasan Juruteknologi Pergigian ialah memperbaiki dan mengubahsuai Aplians kes-kes berikut:
Aplians Terfraktur (Fractured Applainces)
Penambahan Unit Aplians
Lapis Semula (Relining)
Landas Semula (Rebasing)
Mereplika dentur penuh
Merekabentuk Aplians

Merangka bersama-sama dengan Pegawai Pergigian dan/atau Pakar Pergigian di dalam surgeri secara terus mengenai pembuatan kes-kes aplians kepada pesakit tertentu. Menyelenggara dan memperbaiki kelengkapan pergigian. Menyelenggara kelengkapan pergigian sesuai dengan prinsip penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
Memperbaiki kelengkapan pergigian yang rosak. Melaksana pemasangan kelengkapan pergigian.

Mengurus penyelnggaraan dan pembaikan kelengkapan yang tidak boleh dilaksanakan oleh Juruteknik Pergigian yang memerlukan kepakaran swasta. Menyelia pemasangan kelengkapan pergigian. Menilai kelengkapan pergigian untuk menentukan 'cost effective'.

Memberi tunjuk ajar di dalam pengendalian kelengkapan pergigian. Memberi khidmat nasihat teknikal. Menilai dan menguji bahan pergigian untuk menentukan 'cost effective'.
Mengurus perolehan kelengkapan dan bahan untuk memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now