Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Bintara Muda Maritim Gred T5
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Bintara Muda Maritim.
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong ? akan dibuka jika ada
kekosongan jawatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Nantikan pengumuman pengambilan ? 2017 pada bila-bila masa.
Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan ? bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM,
STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, kelayakan dan tugas Bintara Muda Maritim |
Gaji Bintara Muda Maritim Gred T5
Gaji bintara muda maritim sekitar RM1,824 sehingga RM5,801. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM150.
Syarat Kelayakan Bintara Muda Maritim Gred T5
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian
perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau bidang-bidang
yang diperlukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
Permulaan pada Gred T5 : RM1,930.18).
3.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
5.
Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
berikut:
6.
Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita
tanpa sepatu;
7.
Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi
wanita;
8.
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19
hingga 26;
9.
Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm
semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
10.
Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
11.
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
12.
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan yang berdaftar.
13. Info lanjut rujuk
sini: syarat
kelayakan kerja bintara muda
Jawatan Bintara Muda Maritim Gred T5 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online,
kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga
SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Bintara Muda Maritim
Bintara Muda Maritim menjalankan tugas peringkat
sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan
tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan;
memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh
negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan
pengangkutan kepada agensi yang memerlukan.
Pada masa yang sama, tugasan Bintara Muda Maritim ialah mencari
dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan
penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan
diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa
darurat, krisis khas atau peperangan.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Bintara Muda
Maritim Gred T5 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!