Gaji, Kelayakan & Tugas Bentara Mesyuarat

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Bentara Mesyuarat Gred N29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Bentara Mesyuarat.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Bentara Mesyuarat Gred N29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan bentara mesyuarat 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Bentara Mesyuarat Gred N29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Bentara Mesyuarat Gred N29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Bentara Mesyuarat, pengambilan Bentara Mesyuarat 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Bentara Mesyuarat 


Gaji Bentara Mesyuarat Gred N29

Gaji bentara mesyuarat sekitar RM1,493 sehingga RM5,672. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Bentara Mesyuarat

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.    Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
5.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
6.    Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja bentara mesyuarat

Jawatan Bentara Mesyuarat Gred N29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Bentara Mesyuarat

Bentara Mesyuarat gred N27 menjalankan tugas membantu menyelaras dan menyemak semua Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) sebelum diedarkan oleh Bentara Parlimen. Menentukan Bentara Parlimen mengedar AUM kepada pegawai- pegawai bertugas Kementerian pada waktu pagi mulai 7.30 pagi. Membantu menyelaras di dalam pengurusan dan mentadbir hal- hal pentadbiran harian dan latihan anggota-anggota cawangan
Bentara. Membantu mengurus dan memelihara Cokmar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

Juga membantu dalam penyelarasan hal-hal Personel Cawangan
Bentara. Membantu menyelaraskan pengendalian pengurusan kualiti dan
ISO untuk Cawangan Bentara. Mengendalikan program lawatan khususnya pelajar-pelajar
sekolah serta memberi taklimat kepada mereka. Bersedia ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan (LO), Pembantu Pegawai Keselamatan (APSO) kepada ketua-ketua delegasi asing yang menghadiri persidangan-persidangan seperti AIPO, CPA, AFPPD dan PUIC Anjuran Parlimen Malaysia serta mesyuarat Jawatankuasa Dewan yang lain.

Pada masa yang sama, tugasan bentara mesyuarat gred N32 ialah mengurus dan mentadbir perkhidmatan Cawangan Bentara Dewan Negara. Bertanggungjawab mengurus dan memelihara Cokmar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. Mengendalikan hal-hal Personel Cawangan Bentara Dewan Negara.

Menguruskan latihan bagi pegawai dan kakitangan cawangan. Mengawal keselamatan di dalam dan di luar persekitaran Dewan Negara sebelum, semasa dan sesudah persidangan. Bersedia ditugaskan sebagai Pegawai Pengiring kepada pelawat-pelawat VIP yang datang dari dalam atau luar negara atas tugas rasmi.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Bentara Mesyuarat Gred N29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now