Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruaudit

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Juruaudit Gred W29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Juruaudit.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Juruaudit Gred W29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Audit Negara. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Juruaudit 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Juruaudit Gred W29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penolong Juruaudit Gred W29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penolong Juruaudit, pengambilan Penolong Juruaudit 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Juruaudit 


Gaji Penolong Juruaudit Gred W29

Gaji penolong juruaudit sekitar RM1,498 sehingga RM5,678. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Juruaudit Gred W29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
5.    Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
6.    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
7.    Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8.    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau
9.    Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
10.              (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).
11.              Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
12.              Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Juruaudit adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Juruaudit Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
13.              Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
14.              Lulus Peperiksaan Khas; dan
15.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
16.              Info lanjut layari: Syarat kelayakan kerja penolong juruaudit

Jawatan Penolong Juruaudit Gred W29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Juruaudit Gred W29

Penolong Juruaudit menjalankan tugas menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Juruaudit Gred W29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now