Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29, DV35, DV37, DV39

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Latihan Vokasional. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29, DV35, DV37, DV39 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Sumber Manusia, di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Kementerian Belia dan Sukan dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Latihan Vokasional pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29,DV35, DV37, DV39, temuduga spa Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29, permohonan kerja Penolong Pegawai Latihan Vokasional lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional

Gaji Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29, DV35, DV37, DV39

Jadual Gaji:
Gred
Gaji Minimum
Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan
DV29
RM1,549.00
RM5,701.00
RM145.00
DV35
RM3,255.00
RM7,438.00
RM180.00
DV37
RM3,630.00
RM7,924.00
RM195.00
DV39
RM5,015.00
RM9,001.00
RM225.00
Gaji Penolong Pegawai Latihan Vokasional gred DV29 sekitar RM1,549 sehingga RM5,701. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29, DV35, DV37, DV39

1.    Warganegara Malaysia;   
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    (i)    sijil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang   diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau
5.    (ii)   sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau
7.    (iii)  Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8.    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,624.20); atau
9.    (iv)  Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
10.              (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,699.40); atau
11.              (v)        diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajiantinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
12.              (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80); atau
13.              (vi)       diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
14.              (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00).
15.              SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:  Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) dan 1(d) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.      
a.    SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV35, DV37, DV39      
16.              Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV35, DV37 atau DV39 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:      
(a) Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(c) dan 2; dan         
(b) Mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
17.              (Gaji permulaan ialah pada Gred DV35: RM3,225.00/
18.              Gaji permulaan ialah pada Gred DV37: RM3,630.00/
19.              Gaji permulaan ialah pada Gred DV39: RM5,015.00.
20.              Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan kerja penolong pegawai latihan vokasional

Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29, DV35, DV37, DV39

Penolong Pegawai Latihan Vokasional menjalankan tugas mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.

Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.
Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian. Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.

Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya. Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan. Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya. Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Latihan Vokasional ialah merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya. Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now