Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Jurutera

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Jurutera Gred JA29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Jurutera.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Jurutera Gred JA29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Jurutera 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penolong Jurutera Gred JA29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penolong Jurutera, pengambilan spa Penolong Jurutera 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Jurutera 


Gaji Penolong Jurutera Gred JA29

Gaji penolong jurutera sekitar RM1,549 sehingga RM5,701. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Jurutera Gred JA29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
5.    Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.    (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
7.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
8.    Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
9.    Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
10.              Lulus Peperiksaan Khas; dan
11.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
12.              Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong jurutera

Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Jurutera Gred JA29

Penolong Jurutera menjalankan tugas mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek dan menyediakan laporan kemajuan projek.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Jurutera ialah membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Jurutera Gred JA29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

Comments

Popular posts from this blog

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred U29