Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Pendaftaran Gred KP41

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Pegawai Pendaftaran Gred KP41

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Pegawai Pendaftaran. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Pendaftaran Gred KP41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Nantikan pengumuman pengambilan Pegawai Pendaftaran pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Pendaftaran Gred KP41 bagi permohonan kerja lepasan ijazah menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan Pegawai Pendaftaran Gred KP41, temuduga spa Pegawai Pendaftaran Gred KP41, permohonan kerja Pegawai Pendaftaran lepasan ijazah
Gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Pendaftaran

Gaji Pegawai Pendaftaran Gred KP41

Gaji Pegawai Pendaftaran sekitar RM2,081sehingga RM9,547. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM225.

Syarat Kelayakan Pegawai Pendaftaran Gred KP41

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
4.    Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
5.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00);atau
6.    Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
7.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)
8.    Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
9.    Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pendaftaran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
10.              Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
11.              Lulus Peperiksaan Khas; dan
12.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
13.              Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan kerja penolong pegawai pendaftaran

Jawatan Pegawai Pendaftaran Gred KP41 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Pegawai Pendaftaran Gred KP41

Pegawai Pendaftaran menjalankan tugas berkaitan urusan kad pengenalan, pindaan butiran kad pengenalan; dan pengurusan rekod/daftar kad pengenalan.

Urusan kelahiran, kematian dan anak angkat, pengurusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat. Urusan kewarganegaraan, perlucutan kewarganegaraan; perlepashakan kewarganegaraan; dan pengurusan rekod kewarganegaraan.

Pada masa yang sama, tugasan Pegawai Pendaftaran ialah bertanggungjawab dalam urusan perkahwinan dan perceraian, pindaan butiran perkahwinan dan perceraian; dan
Pengurusan rekod perkahwinan dan perceraian. Urusan siasatan dan penguatkuasaan seperti penyiasatan; pendakwaan; perisikan; operasi; dan sistem kawalan keselamatan.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Pendaftaran Gred KP41 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now