Gaji, Kelayakan & Tugas Juru X-Ray Gred U41

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Juru X-Ray Gred U41

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Juru X-Ray Gred U41.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Juru X-Ray Gred U41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan. Nantikan pengumuman pengambilan SPA juru x-ray 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Juru X-Ray Gred U41 bagi permohonan kerja lepasan ijazah / degree menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Juru X-Ray Gred U41, permohonan jawatan kosong / kerja kosong juru x-ray, pengambilan spa juru x-ray 2017, permohonan kerja lepasan ijazah / degree
Gaji, kelayakan dan tugas Juru X-Ray 


Gaji Juru X-Ray Gred U41

Gaji Juru X-Ray Gred U41 sekitar RM2,429 sehingga RM9,656. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM255.

Syarat Kelayakan Juru X-Ray Gred U41

1.    ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2.    (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).
3.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.    Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja juru x-ray

Jawatan Juru X-Ray Gred U41 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Juru X-Ray Gred U41

Juru X-Ray Gred U41 menjalankan tugas menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi. Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.

Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan. Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.

Pada masa yang sama, tugasan Juru X-Ray Gred U41 ialah memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-Ray semasa penempatan klinikal.

Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Juru X-Ray Gred U41 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

1 comment... add one now

JD JD January 19, 2017 at 1:45 PM
Assalam.. sy nk tnya,, pljar yg ambik aliran prdgngan & eko asas ada pluang ke nk jd juru x-ray?? Mohon trangkan ya..