Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Sains Gred C29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Sains Gred C29. Nak lulus
interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Sains Gred
C29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman
pengambilan Penolong Pegawai Sains pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda
kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM,
STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Sains |
Gaji Penolong Pegawai Sains Gred C29
Gaji Penolong Pegawai Sains sekitar RM1,505 sehingga RM5,696. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Sains Gred C29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek
Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
5.
Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
6.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91); atau
7.
Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).
9.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
10.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Pembantu Makmal adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Penolong Pegawai Sains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
11.
Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
13.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Sains Gred C29
Penolong Pegawai Sains menjalankan tugas membantu Pegawai
Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear,
merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal. Pada masa
yang sama, tugasan Penolong Pegawai Sains ialah mengurus aktiviti
berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian
peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan
penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Sains Gred C29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.