Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Veterinar Gred G29. Nak
lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Veterinar
Gred G29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Pertanian/
Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong
Pegawai Veterinar pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi
permohonan online jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM,
STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Veterinar |
Gaji Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
Gaji Penolong Pegawai Veterinar sekitar RM1,494 sehingga RM5,674. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
setaraf dengannya
5.
Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains
veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,923.06).
7.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil keputusan
temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
Penolong Pegawai Veterinar menjalankan tugas mengurus dan mentadbir
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan,
mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT)
dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan.


Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat
berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan,
menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan serta
menjalankan program pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara
berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan.
Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Veterinar
ialah menolong Pegawai Veterinar menjalankan survelen kawalan penyakit
ternakan, merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan penyelidikan haiwan.
program pembiakbakaan ternakan dan bertanggungjawab menjalankan program
pelalian penyakit ternakan, pensampelan untuk kajian penyakit serta membantu
Pegawai.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Veterinar Gred G29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.