Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29.
Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Pertahanan
Awam Gred KP29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Pertahanan
Awam. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Pertahanan Awam pada
bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 bagi permohonan
kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam |
Gaji Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
Gaji Penolong Pegawai Pertahanan Awam sekitar RM1,493 sehingga RM5,696. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.
(Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau
5.
Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
7.
Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut
serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
8.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00);atau
9.
Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
10.
(Gaji permulaan ialah pada Gread KP29: RM 1,770.95).
11.
Dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti
yang berikut:
12.
Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;
13.
Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi
wanita;
14.
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19
hingga 26;
15.
Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm
semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
16.
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan
V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
17.
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
18.
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar.
19.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan dengan kelayakan
1(c)(i), (ii) dan (iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.


20.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: 3. Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Pembantu Pertahanan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong
Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
21.
Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
22.
Lulus Peperiksaan Khas; dan
23.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
Penolong Pegawai Pertahanan Awam menjalankan
tugas pentadbiran
dan perancangan bagi peringkat negeri pada keseluruhan dalam semua aspek
pertahanan awam iaitu latihan dan gerakan. Pada masa yang sama, tugasan Penolong
Pegawai Pertahanan Awam ialah menyelia dan mengkordinasikan tugas-tugas dan
tanggungjawab Pegawai-pegawai Latihan dan Ketua-ketua Cawangan.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Pertahanan Awam Gred KP29 membantu mereka yang ingin menjadi
kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!