Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Jurupulih Perubatan Cara Kerja.
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Jurupulih Perubatan Cara
Kerja Gred U29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian
Kesihatan. Nantikan pengumuman pengambilan
SPA Jurupulih Perubatan Cara Kerja 2017 pada bila-bila masa. Apa yang
penting, anda kena isi permohonan online jawatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
Gred U29 bagi permohonan kerja lepasan
Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, kelayakan dan tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja |
Gaji Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29
Gaji Jurupulih Perubatan Cara Kerja sekitar RM1,797 sehingga RM5,753. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
3.
Diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja atau bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
5.
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.
Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan
kerja jurupulih perubatan cara kerja
Jawatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online,
kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga
SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja
Jurupulih Perubatan Cara Kerja menjalankan
tugas pemulihan
anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan
karan/elektrik. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi
kesan yang diperlukan. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya
menguji dengan cara elektrik.
Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang
mengambil masa panjang seperti polio. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai
kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit. Membuat pesanan
bekalan peralatan.
Pada masa yang sama, tugasan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
ialah mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah
terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke
semasa.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Jurupulih Perubatan
Cara Kerja Gred U29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!