Gaji, Kelayakan &
Deskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam
Gred U17 | Ingin menjadi Pembantu Kesihatan Awam? Nak tahu apa syarat kelayakan, gaji dan
juga apa tugas Pembantu Kesihatan Awam? Baca
selanjutnya.
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Pembantu Kesihatan Awam Gred
U17 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Nantikan pengumuman pengambilan Pembantu
Kesihatan Awam 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi
permohonan online jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Kesihatan Awam |
Gaji Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
Gaji Pembantu Kesihatan Awam sekitar RM975 sehingga RM3,424. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM95.
Syarat Kelayakan Pembantu Kesihatan Awam
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.
Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
4.
[ Gaji Permulaan : RM975.00 ] dan
5.
b) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat
Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
6.
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah
Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
7.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
8.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am
Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan
Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk PSL ke Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabilan telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
9.
mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. Info lanjut rujuk
sini: syarat kelayakan pembantu
kesihatan awam
Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga
SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga
SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam
Pembantu Kesihatan Awam menjalankan tugas-tugas menyediakan Bekalan Air
Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS), penyeliaan ke atas pembinaan sistem
pelupusan air limbah dan penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan sisa
pepejal.
Pada masa yang sama, tugas Pembantu Kesihatan Awam ialah mengawal
mutu air minum luar bandar termasuk membantu dalam penguatkuasaan Akta Air
Minum; dan terlibat dalam pengawalan kesihatan alam sekitar dan program
perlindungan alam sekitar.
Moga perkongsian tentang Gaji,
Kelayakan dan Tugas Pembantu Kesihatan
Awam Gred U17 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju
jaya. Semoga terpilih!