Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36, temuduga spa Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, permohonan kerja Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Gaji Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36

GRED
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN
U29
RM1,797.00
RM5,753.00
RM145.00
U32
RM2,331.00
RM6,394.00
RM155.00
U36
RM3,590.00
RM7,605.00
RM180.00
U41
RM2,429.00
RM9,656.00
RM225.00
Gaji Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sekitar RM1,797 sehingga RM5,753. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36

1.              Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
1.(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
2.              Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3.              Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.              Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
5.              mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
6.              had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
7.              Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong pegawai kesihatan persekitaran

Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran menjalankan tugas menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan. Menyelia dan melatih kakitangan di bawah jagaannya.

Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ialah menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan dan Swasta Badan-badan Sukarela. Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar. Mengawasi kebersihan alam sekitar.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now