Gaji, Kelayakan & Deskripsi
Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 | Ingin menjadi Pembantu
Penguasa Kastam? Nak tahu apa syarat
kelayakan Pembantu Kastam? Berapa gaji kastam dan juga apa tugas
Pembantu Penguasa Kastam.
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Pembantu Penguasa Kastam akan
dibuka jika ada kekosongan jawatan Kastam Diraja Malaysia. Nantikan pengumuman pengambilan kastam 2017 pada bila-bila
masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu
Penguasa Kastam Gred W17 bagi permohonan
kerja lepasan SPM menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penguasa Kastam |
Gaji Pembantu Penguasa Kastam Gred W17
Gaji pembantu kastam sekitar RM929 sehingga RM3,377. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM95.
Syarat Kelayakan Pembantu Penguasa Kastam
1.
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat
peperiksaan tersebut;
2.
[ Gaji Permulaan : RM929.00 ] dan
3.
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang
permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA
anda: semakan
panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA
anda: SPA8i
semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Pembantu Penguasa Kastam
Kastam menjalankan tugas-tugas peperiksaan ke atas
barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar /
masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan,
mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas,
gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais,
menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas
pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan.
Pada masa yang sama, tugas pembantu kastam ialah membantu dalam
tugas-tugas pentadbiran biasa.
Moga perkongsian tentang Gaji,
Kelayakan dan Tugas Pembantu Penguasa
Kastam Gred W17 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju
jaya. Semoga terpilih!