Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Akauntan

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Akauntan Gred W29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Akauntan.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Akauntan Gred W29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Akauntan 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Akauntan Gred W29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penolong Akauntan Gred W29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penolong Akauntan, pengambilan Penolong Akauntan 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Akauntan 


Gaji Penolong Akauntan Gred W29

Gaji penolong akauntan sekitar RM1,498 sehingga RM5,678. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Akauntan Gred W29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.    Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
5.    Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
6.    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau
7.    Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8.    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).
9.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
10.              Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
11.              Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
12.              (b) had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
13.              Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong akauntan

Jawatan Penolong Akauntan Gred W29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Akauntan Gred W29

Penolong Akauntan menjalankan tugas melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Akauntan Gred W29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now