Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Penerbangan Awam. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai KawalanTrafik Udara Gred A29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara, pengambilan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara

Gaji Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Gaji Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara sekitar RM1,794 sehingga RM5,707. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57). Dan
5.    Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
6.    Lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
7.    Lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik,penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan; dan
8.    Tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam Malaysia dalam bidang Aerodrome Control dan mendapat Aerodrome Control Rating serta bidang Approach Control dan mendapat Approach Control Rating.
9.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong pegawai kawalan trafik udara

Jawatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:


Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara menjalankan tugas memberikan perkhidmatan 'Aerodrome/Approach Control' kepada semua juruterbang/pesawat di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I).

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara ialah mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now