Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Keselamatan

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Keselamatan. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Perdana Menteri. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Keselamatan pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29, temuduga spa Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29, permohonan kerja Penolong Pegawai Keselamatan lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Keselamatan

Gaji Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29

Gaji Penolong Pegawai Keselamatan sekitar RM1,362 sehingga RM5,116. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
5.    Sijil Tinggi Agama Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
7.    Bekas anggota polis atau tentera yang sekuran-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
8.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00);atau
9.    Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
10.              (Gaji permulaa ialah pada Gred KP29: RM1,770.95). Dan
11.              Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
12.              Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
13.              Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
14.              Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
15.              Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
16.              Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
17.              Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
18.              Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
19.              Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1c(i) dan 1c(ii) dan 1c(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
20.              Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
21.              Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
22.              Lulus Peperiksaan Khas; dan
23.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
24.              Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong pegawai keselamatan

Jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29

Penolong Pegawai Keselamatan menjalankan tugas keselamatan perlindungan di Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan termasuk mengendalikan latihan, kursus, menjalankan pemeriksaan keselamatan.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Keselamatan ialah membuat siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengannya.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now