Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan

Gaji Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29

Gaji Penolong Pegawai Penyediaan Makanan sekitar RM1,505 sehingga RM5,696. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan, pengurusan hotel dan katering, seni kulinari atau bidang berkaitan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau
5.    Diploma dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan, pengurusan hotel dan katering, seni kulinari atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.    (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91).



7.    Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
8.    Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyediaan Makanan dan Penyelia Asrama adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
9.    Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
10.              Lulus Peperiksaan Khas; dan
11.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
12.              Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan penolong pegawai penyediaan makanan


Jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29

Penolong Pegawai Penyediaan Makanan menjalankan tugas dalam pengurusan penyediaan makanan, merancang perbelanjaan, merancang menu, menyelia pengendalian makanan termasuk kebersihan dan keselamatan makanan. Perolehan bahan makanan mentah basah/kering, peralatan dapur, pengurusan penyimpanan stor makanan mentah basah/kering serta memantau penyelengaraan peralatan dapur dan kebersihan kawasan persekitaran premis penyediaan makanan.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan ialah memberi khidmat nasihat dalam pembangunan perkhidmatan makanan, perancangan premis dan peralatan dapur serta khidmat kepakaran analisis dan kawalan yang berkaitan dengan penyediaan makanan.


Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now