Gaji & Tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Pertanian Gred G29. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Pertanian. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Pertanian pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8). 

gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29, temuduga spa Penolong Pegawai Pertanian Gred G29, permohonan kerja Penolong Pegawai Pertanian lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Pertanian

Gaji Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

Gaji Penolong Pegawai Pertanian sekitar RM1,494 sehingga RM5,674. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau



5.    Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
7.    Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
8.    Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan kerja penolong pegawai pertanian


Jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

Penolong Pegawai Pertanian menjalankan tugas merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan. Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Pertanian ialah memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.


Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!  

0 comment... add one now