Gaji & Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Undang-Undang pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8). 

gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29, temuduga spa Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29, permohonan kerja Penolong Pegawai Undang-Undang lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Undang-Undang

Gaji Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Gaji Penolong Pegawai Undang-Undang sekitar RM1,773 sehingga RM5,674. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.


Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred L29 : RM1,773.00); atau
5.    Diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
6.    (Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,847.86).



7.    Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
8.    Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL): Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-undang) dan Jurubahasa Gred LA19,LA22,LA26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
9.    Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
10.              Lulus Peperiksaan Khas; dan
11.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
12.              Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan kerja penolong pegawai undang-undang

Jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Penolong Pegawai Undang-Undang menjalankan tugas bertanggungjawab kepada Hakim Kanan, membuat taksiran kos Mahkamah Rendah dan menyediakan kertas kerja perundingan bila diperlukan oleh Hakim serta menyelia tugas kakitangan lain di Bahagian Pendaftaran.

SENARAI TUGAS PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG:
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Mahkamah Malaysia) :
Mengendalikan permohonan-permohonan di bawah Seksyen 117 KPJ di bawah Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 dan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
Menerima, menyemak dan menandatangani serta merekod keputusan saman-saman trafik DBKL dan saman-saman dari pelbagai jabatan
Mengeluarkan waran-waran menahan, waran tangkap, waran gelidah sapina, perintah mengeluarkan dari tahanan, bon jaminan dan lain-lain
Mengendalikan penyata-penyata bulanan, suku tahunan, tahunan dan ad-hoc bersabit dengan semua Mahkamah Majistret Jenayah
Pengawasan Pendaftaran Jenayah dan Rayuan serta penyeliaan kakitangan di bawah pengendalian

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :
Menemubual pelanggan dan menentukan perkhidmatan yang diperlukan serta kelayakan pelanggan untuk menerima bantuan guaman
Menyemak dan meluluskan draf dokumen berkaitan dengan pelanggan serta kes yang telah disediakan oleh Pembantu Tadbir
Menghadiri sebutan atau perbicaraan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil apabila diarahkan oleh pengarah
Menyediakan laporan mingguan bagi kes-kes yang dikendalikan di mahkamah
Memberi khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang
Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :
Membuat semakan fail-fail bankrapsi, memastikan fail-fail perbicaraan dalam keadaan teratur serta mematuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan sebelum menghadiri pendengaran kes di Mahkamah
Menghadiri mahkamah pada tarikh ditetapkan dan memaklumkan mahkamah status kes sama ada dalam keadaan teratur atau pun tidak. Sekiranya tidak teratur, pegawai bertanggungjawab membantu Mahkamah dengan memaklumkan mahkamah perkara-perkara yang belum dipatuhi oleh pihak berkenaan
Meminitkan keputusan mahkamah dan menyerahkan kembali fail-fail kepada kerani kebankrapan
MMenandatangani surat-surat awalan yang dikeluarkan kepada bankrap kecuali surat kepada pihak Imigresen
Menetapkan tarikh temujanji dengan bankrap untuk Soalan Awalan dan penyiasatan lanjut
Mengendalikan Soalan Awalan terhadap bankrap bagi mendapatkan maklumat lanjut latar belakang bankrap dan keluarga; senarai tanggungan; pemiutang; maklumat harta bankrap dan pasangannya dan sebagainya. Memberikan penjelasan kepada bankrap hak-hak beliau sebagai bankrap dan permohonan-permohonan yang boleh dibuat dalam tempoh kebankrapan beliau dan menetapkan ansuran bulanan
Mengambil tindakan lanjut daripada maklumat yang telah diperolehi dari siasatan yang dibuat dengan menghubungi pihak terlibat termasuk membuat carian di Pejabat Tanah bagi kes-kes yang melibatkan aset bankrap
Penetapan tarikh MPP mempengerusikan Mesyuarat Pertama pemiutang sebaik sahaja Penyata Hal Ehwal difailkan oleh bankrap
Penetapan tarikh penangguhan MPP sekiranya korum tidak mencukupi;iklan atau warta belum diterbitkan dan sebagainya yang menyebabkan MPP terpaksa ditangguhkan



Menguruskan permohonan bankrap dan memberikan penerangan lanjut terhadap sebarang permohonan yang diajukan bankrap:
Permohonan Sanksi di bawah PEruntukan 38(1)(a);
Permohonan Keluar Negara di bawah Peruntukan 38(1)(c);
Permohonan Menjawat Jawatan di bawah Peruntukan 38(1)(d);
Permohonan Bekerja Dengan Ahli Keluarga di bawah Peruntuk 38(1)(e);
Permohonan Keluar Masuk Gaji;dan
Permohonan Pembatalan PP & PP di bawah Seksyen 105
Membuat semakan bagi fail-fail lama yang layak untuk perakuan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih. 

1 comment... add one now

UzmaShafaAtul UzmaShafaAtul October 29, 2017 at 5:06 PM
Salam. Tumpang tanya, untuk jawatan penolong pegawai undang-undang di majlis agama islam selangor, tugas dia sama ke?