Gaji, Kelayakan &
Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir
(Kewangan) Gred W17 | Ingin menjadi Pembantu Tadbir (Kewangan)? Nak tahu apa syarat kelayakan, gaji dan juga apa tugas
Pembantu Tadbir Kewangan?
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Pembantu Tadbir (Kewangan)
Gred W17 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Pelbagai Kementerian/
Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang. Nantikan
pengumuman pengambilan Pembantu Tadbir
(Kewangan) 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi
permohonan online jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) |
Gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
Gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) sekitar RM929 sehingga RM3,377 Manakala untuk kadar
gaji tahunan pula berjumlah RM95.
Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir (Kewangan)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1. Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian
dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat
peperiksaan tersebut;
2. [ Gaji Permulaan :
RM929.00 ] ATAU
3. Sijil Pelajaran Malaysia
serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
4. [ Gaji Permulaan :
RM985.13 ] ATAU
5. Sijil Pelajaran Malaysia
serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
6. [ Gaji Permulaan :
RM1,154.33 ] ATAU
7. Sijil dalam bidang
Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
8. [ Gaji Permulaan :
RM1,379.92 ];
9. DAN Kepujian dalam Bahasa
Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga
SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga
SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan)
Pembantu Tadbir (Kewangan) menjalankan
tugas-tugas
kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam
urusan-urusan seperti berikut:
- menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
- mengurus dan mengawal peruntukan.
- menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
- mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
Pada masa yang sama, tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) ialah mengurus,
merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri,
pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.
Moga perkongsian tentang Gaji,
Kelayakan dan Tugas Pembantu Tadbir
(Kewangan) Gred W17 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju
jaya. Semoga terpilih!