Gaji, Kelayakan &
Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 | Ingin menjadi Pembantu Tadbir Perkeranian?
Nak tahu apa syarat kelayakan, gaji dan juga apa tugas Pembantu Tadbir Operasi?
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Pelbagai
Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau
Pinang. Nantikan pengumuman pengambilan Pembantu
Tadbir SPA 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi
permohonan online jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) |
Gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred
N17
Gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) sekitar RM928 sehingga RM3,375. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM95.
Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi)
1.
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
2.
[ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
3.
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan
mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
4.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
5.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu
Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang
untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
6.
mempunyai kelayakan di atas; atau
7.
lulus Peperiksaan Khas; dan
8.
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga
SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga
SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi)
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) menjalankan
tugas-tugas
perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti
tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan
bulanan, statistik serta penyediaan.
Moga perkongsian tentang Gaji,
Kelayakan dan Tugas Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred N17 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju
jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.