Gaji, Kelayakan &
Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17 | Ingin menjadi Pembantu Tadbir Undang-Undang?
Nak tahu apa syarat kelayakan, berapa gaji dan juga apa tugas Pembantu
Tadbir (Undang-Undang)?
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Pembantu Tadbir
(Undang-Undang) Gred L17 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan
Peguam Negara, Mahkamah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri. Nantikan
pengumuman pengambilan SPA Pembantu
Tadbir (Undang-Undang) 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda
kena isi permohonan online jawatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
bagi permohonan kerja lepasan SPM
menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir Undang-Undang |
Gaji Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
Gaji Pembantu Tadbir (Undang-Undang) sekitar RM931 sehingga RM3,379. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM95.
Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir (Undang-Undang)
1.
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
2.
[ Gaji Permulaan : RM931.00 ] dan
3.
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Jawatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga
SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga
SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Undang-Undang
Pembantu Tadbir (Undang-Undang) menjalankan
tugas-tugas
membuat fail-fail pendaftaran.
Pada masa yang sama, tugas Pembantu Tadbir Undang-Undang ialah menyemak
draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam mengenai tarikh-tarikh
perbicaraan.
Moga perkongsian tentang Gaji,
Kelayakan dan Tugas Pembantu Tadbir
(Undang-Undang) Gred L17 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju
jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.