Gaji, Kelayakan & Tugas Pengawal Keselamatan

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Pengawal Keselamatan Gred KP11

Ingin menjadi guard? Nak tahu apa syarat kelayakan, gaji dan juga tugas Pengawal Keselamatan.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pengawal Keselamatan Gred KP11 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Pejabat Ketua Pegawai Kerajaan Malaysia (KPKK)/Pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan. Nantikan pengumuman pengambilan pengawal keselamatan 2016 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 bagi permohonan kerja lepasan PMR / SRP menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, syarat kelayakan dan tugas Pengawal Keselamatan Gred KP11, permohonan jawatan kosong dan kerja kosong Pengawal Keselamatan, pengambilan Pengawal Keselamatan 2017, permohonan kerja lepasan pmr srp
Gaji, kelayakan dan tugas Pengawal Keselamatan 

Gaji Pengawal Keselamatan Gred KP11

Gaji guard sekitar RM837 sehingga RM2,619. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM80.

Syarat Kelayakan Pengawal Keselamatan

1.    Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
2.    [ Gaji Permulaan : RM837.00 ] atau
3.    Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
4.    [ Gaji Permulaan : RM837.00 ] dan
5.    Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
6.    tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
7.    berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
8.    mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa tarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
9.    lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
10.              pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
11.              Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
12.              Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan minta kerja guard

Jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Pengawal Keselamatan Gred KP11

Guard menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Skop Fungsi Bidang Tugas Utama:
Kawalan Pergerakan Pegawai Pelawat dan Pekerja Kontrak
Mandaftar, mengeluarkan dan memeriksa kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan kepada penjawat awam, pelawat dan pekerja kontrak.

Pada masa yang sama, tugas pengawal keselamatan ialah memeriksa semua pegawai, pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki bangunan kerajaan memakai kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan pada setiap masa.
Melaksanakan pemeriksaan fizikal ke atas penjawat awam, pelawat, pekerja kontrak dan memeriksa kenderaan, beg-beg serta peralatan/kelengkapan yang dibawa masuk oleh mereka.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Pengawal Keselamatan Gred KP11 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now