Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36
Ingin menjadi Penolong Pegawai Veterinar? Nak tahu apa syarat kelayakan, berapa gaji dan juga apa tugas Penolong Pegawai Veterinar Malaysia. Lihat ini juga: SYARAT KELAYAKAN KERJA PEMBANTU VETERINAR
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Veterinar
Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian
Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Nantikan pengumuman pengambilan SPA Penolong Pegawai Veterinar 2017
pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong
Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA8).
Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Veterinar |
Gaji Penolong Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36
Gaji Penolong Pegawai Veterinar gred G22 sekitar RM2,170 sehingga RM4,238. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM115. Untuk gred yang lain, anda boleh rujuk
carta gaji di bawah.
GRED
|
GAJI MINIMUM
|
GAJI MAKSIMUM
|
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
|
G36
|
RM3,396.00
|
RM6,789.00
|
RM180.00
|
G32
|
RM2,729.00
|
RM5,638.00
|
RM155.00
|
G28
|
RM1,363.00
|
RM5,094.00
|
RM145.00
|
G27
|
RM1,363.00
|
RM5,094.000
|
RM145.00
|
G26
|
RM2,488.00
|
RM4,756.00
|
RM125.00
|
G22
|
RM2,170.00
|
RM4,238.00
|
RM115.00
|
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Veterinar
1.
Sijil Veterinar daripada Institut Veterinar Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji permulaan : RM1,363.00 ]; atau
[ Gaji permulaan : RM1,363.00 ]; atau
2.
Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains
veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji permulaan : RM1,814.06 ].
[ Gaji permulaan : RM1,814.06 ].
3.
Info lanjut rujuk sini: syarat
kelayakan kerja penolong pegawai veterinar
Jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28,
G32, G36 boleh dimohon menerusi
borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang
daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online,
kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga
SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Veterinar
Penolong Pegawai Veterinar menjalankan
tugas-tugas mengurus
dan mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin
Haiwan, mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu
(PPIT) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan.
Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan, menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan serta menjalankan program pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan.
Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan, menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan serta menjalankan program pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan.
Pada masa yang sama, tugas Penolong Pegawai Veterinar ialah
menolong Pegawai Veterinar menjalankan survelen kawalan penyakit ternakan,
merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan penyelidikan haiwan. program
pembiakbakaan ternakan dan bertanggungjawab menjalankan program pelalian
penyakit ternakan, pensampelan untuk kajian penyakit serta membantu Pegawai
Veterinar.
Moga perkongsian tentang Gaji,
Kelayakan dan Tugas Penolong Pegawai
Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36 membantu mereka yang
ingin menjadi kakitangan penjawat awam.
Selamat maju jaya. Semoga terpilih!