Gaji, Kelayakan & Tugas Penghulu

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penghulu Gred NP29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penghulu.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penghulu Gred NP29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka/Pulau Pinang dan Perlis. Nantikan pengumuman pengambilan penghulu 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penghulu Gred NP29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penghulu Gred NP29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penghulu, pengambilan penghulu 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penghulu 


Gaji Penghulu Gred NP29

Gaji penghulu sekitar RM1,493 sehingga RM5,672. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penghulu Gred NP29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,642.54); atau
5.    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.    (Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,846.15); atau
7.    Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
8.    (Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,846.15); atau
9.    Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
10.              (Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM2,146.96).
11.              (Calon dengan kelayakan STPM, STAM atau diploma disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan).
12.              Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
13.              Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Antidadah, Pembantu Belia dan Sukan, Pembantu Hal Ehwal Islam, Pembantu Pembangunan Masyarakat atau Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penghulu Gred NP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
14.              Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan [calon disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahu dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan]
15.              Dan had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
16.              Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan jadi penghulu

Jawatan Penghulu Gred NP29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penghulu Gred NP29

Penghulu menjalankan tugas sebagai Pegawai Perhubungan antara Kerajaan dengan rakyat.

Pada masa yang sama, tugasan penghulu ialah berurusan berkaitan Pentadbiran Tanah, Pentadbiran Agama Islam, Keselamatan Pembangunan, Kegiatan Sosial dan Kebajikan Masyarakat di peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penghulu Gred NP29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now