Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Kurator

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Kurator Gred S29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Kurator.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Kurator Gred S29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Muzium Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Muzium Negeri. Nantikan pengumuman pengambilan penolong kurator 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Kurator Gred S29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penolong Kurator Gred S29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penolong Kurator, pengambilan Penolong Kurator 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Kurator 


Gaji Penolong Kurator Gred S29

Gaji Penolong Kurator sekitar RM1,362 sehingga RM5,092. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Kurator Gred S29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
5.    Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
7.    Diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains, permuziuman, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8.    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95); atau
9.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
10.              Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Muzium adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Kurator Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
11.              Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
12.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
13.              Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong kurator

Jawatan Penolong Kurator Gred S29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Kurator Gred S29

Penolong Kurator menjalankan tugas menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.

Skop fungsi dan bidang tugas penolong kurator merangkumi sijil menguruskan penyediaan pameran tetap/sementara/khas/bergerak. Membuat kerja-kerja pengumpulan dan penyelidikan flora dan fauna negara. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan projek pembangunan Jabatan Muzium Malaysia.Menjalankan kerja-kerja pengurusan pentadbiran, personel, dan kewangan Jabatan Muzium Malaysia.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Kurator ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi di lapangan. Menjalankan kerja-kerja konservasi artifak makmal. Menjalankan kerja-kerja penyelidikan sejarah dan kebudayaan negara. Melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran muzium kepada orang awam melalui media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Menjalankan program 'outreach' dan 'inreach' secara bersepadu di peringkat jabatan, daerah dan negeri.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Kurator Gred S29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now