Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Pendaftaran

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Pendaftaran. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA


Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Pendaftaran pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8). 

gaji, tugas, syarat kelayakan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, temuduga spa Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, permohonan kerja Penolong Pegawai Pendaftaran lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Pendaftaran

Gaji Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

Gaji Penolong Pegawai Pendaftaran sekitar RM1,493 sehingga RM5,696. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.    (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau
5.    Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau
7.    Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8.    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95).
9.    Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
10.              Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pendaftaran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
11.              Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
12.              Lulus Peperiksaan Khas; dan
13.              Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
14.              Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan kerja penolong pegawai pendaftaran

Jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

Penolong Pegawai Pendaftaran menjalankan tugas dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang, urusan kad pengenalan, urusan kelahiran, kematian dan anak angkat.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Pendaftaran ialah urusan kewarganegaraan, urusan perkahwinan dan perceraian, aktiviti siasatan dan pendakwaan.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Pendaftaran membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now