Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Geosains

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Geosains Gred C29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Geosains Gred C29. Nak lulus interview SPA? Baca: Tips Temuduga Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Geosains Gred C29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Geosains pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29 dan C27 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Penolong Pegawai Geosains Gred C29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Penolong Pegawai Geosains, pengambilan Penolong Pegawai Geosains Gred C29 dan c27, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Geosains


Gaji Penolong Pegawai Geosains Gred C29

Gaji Penolong Pegawai Geosains sekitar RM1,505 sehingga RM5,696. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Geosains Gred C29

1.        Warganegara Malaysia;
2.        Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3.        Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia aliran sains atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.        (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau
5.        Sijil dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.        (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,514.33);
7.        Diploma dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8.        (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).
9.        Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
10.    Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Geosains adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
11.    Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
12.    Lulus Peperiksaan Khas; dan
13.    Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong pegawai geosains

Jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:


Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Geosains Gred C29

Penolong Pegawai Geosains menjalankan tugas membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi. Merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal. Mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus.

Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Geosains ialah mengawas rekod pembelian peralatan saintifik. Membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Geosains Gred C29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now