Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41, DV43, DV47, DV51, DV53
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Pegawai Latihan Vokasional. Nak lulus
interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Pegawai Latihan Vokasional
Gred DV41, DV43, DV47, DV51, DV53 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian
Sumber Manusia, di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan
Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Kementerian
Belia dan Sukan dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Nantikan pengumuman pengambilan Pegawai Latihan Vokasional pada
bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai
Latihan Vokasional Gred DV41 bagi permohonan
kerja lepasan ijazah menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Latihan Vokasional |
Gaji Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41, DV43, DV47, DV51, DV53
Jadual Gaji:
Gred
|
Gaji
Minimum
|
Gaji
Maksimum
|
Kadar
Kenaikan
|
DV41
|
RM2,322.00
|
RM9,643.00
|
RM225.00
|
DV43
|
RM3,608.00
|
RM10,557.00
|
RM250.00
|
DV47
|
RM5,208.00
|
RM11,766.00
|
RM270.00
|
DV51
|
RM5,857.00
|
RM12,446.00
|
RM290.00
|
DV53
|
RM6,179.00
|
RM13,252.00
|
RM320.00
|
Gaji Pegawai Latihan Vokasional gred DV41 sekitar
RM2,322 sehingga RM9,643.
Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM225.
Syarat Kelayakan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41, DV43, DV47, DV51, DV53
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV41
(i)
ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan
atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV41: RM2,322.00); atau
5.
(ii) ijazah sarjana muda
kepujian dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah, ukur
bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV41:RM2,529.00).
7.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED
DV43, DV47, DV51, DV53
8.
3. Calon adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus
ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV43, DV47, DV51 atau DV53 yang
kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(a)
memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(d), 1(d)
dan 2; dan
(b)
mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar
bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik.
9.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV43: RM3,608.00/
10.
Gaji permulaan ialah pada Gred DV47: RM5,208.00/
11.
Gaji permulaan ialah pada Gred DV51: RM5,857.00/
12.
Gaji permulaan ialah pada Gred DV53: RM6,179.00).
13.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:
Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) dan 1(d) hendaklah
memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
14.
Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan
kerja pegawai latihan vokasional
Jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41, DV43, DV47, DV51,
DV53 boleh dimohon menerusi borang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar
masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41, DV43, DV47, DV51, DV53
Pegawai Latihan Vokasional menjalankan tugas bertanggungjawab
kepada Pengarah di Institusi dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat
kebangsaan di Institusi sebagaimana yang ditentukan. Menjalankan usaha-usaha
berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan
keperluan industri.
Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan
Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan. Menyediakan
jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian "work
load" semua Penolong/Pembantu Pegawai Latihan Vokasional.
Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan perisian
latihan. Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan
bengkel serta makmal latihan. Mengendalikan kursus-kursus mengikut
keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta bertanggungjawab ke atas
kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan.
Bertanggungjawab dalam membuat promosi, merancang dan menjalankan,
menilai pencapaian kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan di institusi
berkenaan. Membantu dalam menilai dan memperbaiki kursus-kursus latihan dari
segi kelicinan dan keberkesanan.
Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan Pusat Institusi
Jabatan. Membuat perhubungan dengan industri untuk mendapatkan tempat yang sesuai
untuk pelatih-pelatih menjalani aktiviti dalam logi. Merancang dan melaksanakan
jadual lawatan susulan latihan dalam logi untuk pengajar-pengajar dan memeriksa
laporan pegawai susulan untuk menilai keberkesanan program tersebut.
Pada masa yang sama, tugasan Pegawai Latihan Vokasional
ialah menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh
Pengarah dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa. Menyelaraskan perhubungan di
antara jabatan-jabatan/ketukangan-ketukangan khususnya yang berkaitan dengan
keperluan latihan dan kemudahan bahan mengajar.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Pegawai Latihan
Vokasional membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat
awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.