Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Laut Gred A29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Laut. Nak lulus interview
SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Laut Gred
A29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Laut Semenanjung/
Sabah/Sarawak dan Jabatan Perikanan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Laut pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan
online jawatan Penolong Pegawai Laut Gred A29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
![]() |
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Laut |
Gaji Penolong Pegawai Laut Gred A29
Gaji Penolong Pegawai Laut sekitar RM1,794 sehingga RM5,707. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Laut Gred A29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Diploma dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
4.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,794.00); atau
5.
Diploma dalam bidang sains nautika yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
6.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,868.36); atau
7.
Chief Mate of Between 500 & 3000 GT Near Coastal Trade Voyages
yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,868.36); atau
9.
Second Engineer Officer of Between 750 & 3000 kw on Near
Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
10.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,868.36); atau
11.
Diploma dalam bidang kejuruteraan laut yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
12.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57); atau
13.
Master of Between 500 & 3000 GT Near Coastal Trade Voyages
yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
14.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57); atau
15.
Chief Engineer Officer of Between 750 & 3000 kw on Near
Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
16.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57); atau
17.
Chief Mate of 3000GT or more Near Coastal Trade Voyages yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
18.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,018.77); atau
19.
Second Engineer Officer of 3000 kw or more on Near Coastal Trade
Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
20.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,018.77); atau
21.
Master of 3000 GT or more Near Coastal Trade Voyages yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
22.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,093.97); atau
23.
Chief Engineer Officer of 3000 kw or more on Near Coastal Trade
Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
24.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,093.97); atau
25.
Officer In Charge of a Navigational Watch of 500 GT or more on
Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
26.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,244.37); atau
27.
Officer In Charge of an Engineering Watch of 750 kw or more on
Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
28.
(Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,244.37).
29.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
30.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Pembantu Laut adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Penolong Pegawai Laut Gred A29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
31.
Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
32.
Lulus Peperiksaan Khas; dan
33.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Jawatan Penolong Pegawai Laut Gred A29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Laut Gred A29
Penolong Pegawai Laut menjalankan tugas membantu dalam
menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran,
hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek
pembangunan. Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai Laut ialah membuat
kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan
perundangan laut.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Laut Gred A29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat
awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.